mutakhir

Pakis sumbang 50 kotak barangan

Oleh Mohd Amin Jalil

PERTUBUHAN Amal Kebajikan Insan Sejagat Negeri Sembilan (Pakis N9) menyumbang 50 kotak mengandungi pelbagai barangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini.

Kotak berkenaan mengandungi makanan dan minuman, penutup muka, sarung tangan getah dan cecair pencuci kuman.

Presiden Pakis Malaysia, Datuk Abdullah Ghani Kassim berkata, sumbangan barangan itu sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap anggota keselamatan yang berhadapan tugas mencabar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kami ingin bersama dengan pasukan keselamatan dalam perjuangan menyekat penularan wabak dan membebaskan negara ini daripada Covid-19.

“Melalui sumbangan barangan keperluan ini, kami berharap anggota pasukan keselamatan terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim di IPD Seremban.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 7, 2020 @ 8:28pm
    d