mutakhir

1,044 ditahan di Johor ingkar PKP

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SEHINGGA semalam, seramai 1,044 individu di seluruh negeri ini ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam saja pihaknya menahan 50 individu berusia 25 hingga 47 tahun.

“Sehingga kini, 554 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan hari ini.

Katanya, polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas bagi fasa kedua terhadap mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pihak diharapkan untuk sentiasa berada di rumah seterusnya mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 8, 2020 @ 10:31am
    d