mutakhir

Ambil kesempatan jual mahal

Oleh Melvin Joni

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak merekodkan sebanyak 165 aduan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 59 aduan adalah membabitkan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Dalam kenyataan media pejabat KPDNHEP Sarawak hari ini, bagi tempoh 1 Januari sehingga 7 April ini, sebanyak 12,981 pemeriksaan dilaksanakan ke atas premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar.

Katanya, sebanyak 387 kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 membabitkan nilai rampasan RM2,4 juta dan jumlah kompaun sebanyak RM71,150.

“Sebanyak 35 Notis Pencatutan dikeluarkan bagi tempoh 1 Januari sehingga 7 April dan daripada jumlah itu sebanyak 15 Notis dikeluarkan dalam tempoh PKP,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 8, 2020 @ 6:05pm
    d