mutakhir

Bantu beli makanan si bulus

Oleh Malik Muhamad

TERBACA komen rakan di laman sosial yang risau bekalan makanan kucing kehabisan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mendorong Ahmad Syahir Abdul Aziz, 25, membantu pemilik si bulus itu mendapatkan bekalan makanan.

Langkah diambil pemuda dari Gong Badak, Kuala Terengganu itu wajar dipuji kerana ketika ini pemilik binatang peliharaan sukar mendapat bekalan itu.

“Saya bersyukur kerana dapat membantu pemilik binatang peliharaan, saya gembira melakukan kerja ini, bila kita memudahkan urusan orang lain Insya Allah urusan kita juga akan dipermudahkan.

“Saya menggunakan kaedah ‘cash on delivery’ atau bayar ketika terima

sejak PKP fasa pertama bermula pada 18 Mac lalu selepas terbaca komen daripada rakan yang menyatakan kerisauan terhadap makanan kucing mereka yang bakal kehabisan stok.

“Jadi saya terpanggil untuk membantu, kos penghantaran bergantung kepada jarak dan beban barang, serta keikhlasan mereka yang membuat pesanan.

“Kadang-kadang saya tidak mengambil upah untuk khidmat penghantaran yang dekat, kerana bagi saya itu sahaja yang saya mampu tolong pada waktu PKP ini.

“Dengan rezeki ini dapatlah saya menyara kehidupan saya dengan adik, Ahmad Mahran yang masih lagi belajar selepas kematian ibu, Latifah Abdul Rahman dua tahun lalu,” kata bekas lulusan Diploma Kejuruteraan Kimia Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Katanya, dia melakukan kerja itu sepenuh masa kerana belum mendapat pekerjaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 10:33am
    d