mutakhir

Makin banyak jalan ditutup di Petaling Jaya

Oleh Ruwaida Md Zain

POLIS Selangor melaksanakan penambahan operasi penutupan jalan berkuat kuasa pada tengah malam ini di Petaling Jaya membabitkan sekitar Damansara Perdana dan Mutiara Damansara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, pelaksanaan itu juga membabitkan penutupan lampu isyarat Damansara Perdana susur Penchala Link ke Kepong PJU8/1.

"Polis menutup laluan ke Lebuhraya Damansara Puchong keluar ke Mutiara Damansara dan Damansara Perdana PJU 7/8 dan PJU 8/1.

"Laluan ke Lebuhraya Damansara susur keluar PJU 8/8 Flora Damansara juga ditutup. Begitu juga jalan dari Penchala keluar ke Damansara Perdana dan Mutiara Damansara," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Mohd Ismail berkata, penduduk yang terbabit di kawasan penutupan jalan itu boleh melalui jalan keluar Damansara Perdana ke Penchala Link PJU 7 laluan Stesen BHP 7/9 dan dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian.

Katanya, penduduk sekitar kawasan itu juga boleh menggunakan laluan alternatif untuk memasuki kawasan yang disediakan polis.

Selain itu katanya, polis juga meningkatkan pemeriksaan ‘Snap Check’ di semua daerah.

"Sebanyak 2,758 pemeriksaan dilakukan dalam tempoh 24 jam dan seramai 2,348 individu diberikan nasihat dan amaran," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 7:24pm
    d