mutakhir

DUN Kelantan bersidang sehari

Oleh BERNAMA

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan berlangsung selama sehari pada 13 April ini (Isnin).

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

Persidangan DUN Kelantan sepatutnya berlangsung pada 23 hingga 26 Mac lalu namun ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penangguhan sebelum ini ekoran PKP dan persidangan pada Isnin ini untuk membincangkan apa-apa (pelbagai) agenda,” katanya ringkas.

Beliau berkata, Istana Kelantan dan Majlis Keselamatan Negeri sudah memberikan kelulusan untuk mengadakan persidangan itu.

Menurutnya, hanya ahli DUN dibenarkan berada dalam premis berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 11, 2020 @ 1:40pm
    d