mutakhir

Jangan percaya, ini palsu!

Oleh BERNAMA

BERIKUT adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), pagi ini.

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai SOP kesihatan untuk tujuan membenarkan sesetengah industri meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. KKM menafikan dakwaan bahawa doktor dari Hospital Shah Alam (HSA) melarang orang ramai mengunjungi Pasar Seksyen 6, Shah Alam berikutan lebih daripada tiga kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan pasar berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 9:40am
    d