mutakhir

TM bantu penuntut UiTM Sarawak

Oleh Melvin Joni

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak menerima bantuan wang tunai daripada TM Sarawak, bagi membantu penuntut institut pengajian tinggi itu yang masih berada di dalam kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sumbangan diserahkan oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Jafer Shadiq Abdul Lathiff kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali di kediaman beliau di Kota Samarahan, hari ini.

Menurut Jamil, sumbangan berkenaan adalah kerjasama antara kedua-dua pihak, untuk membantu membeli keperluan serta makanan bagi semua penuntut UiTM Sarawak yang masih berada di dalam kampus sepanjang PKP ini.

“Diharap dengan usaha serta bantuan seperti ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang terkesan sepanjang PKP ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jamil berkata, pada masa ini, seramai 1,222 penuntut UiTM Sarawak yang masih berada di asrama Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2, termasuk lebih 200 penuntut yang tinggal di luar.

Katanya, sebilangan besar mereka adalah dari Sarawak dan Sabah, selain dari Semenanjung kerana tidak dapat balik disebabkan PKP.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 4:59pm
    d