mutakhir

Tujuh ditahan minum tuak

Oleh Nur Izzati Mohamad

POLIS menahan tujuh lelaki sedang melepak di sebuah pondok sambil minum air tuak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Raja Uda, Butterworth, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pada mulanya kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun berkenaan menafikan perbuatan mereka.

“Ketika ditahan, mereka tidak mengaku sedang minum air tuak namun pemeriksaan lanjut menemui minuman terbabit bahkan pondok yang mereka duduk itu dijadikan tempat memproses air berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima terowong sanitasi mudah alih daripada syarikat HK Puncak Megah Sdn Bhd di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas, hari ini.

Menurutnya, sejak pelaksanaan PKP, seramai 143 individu di daerah Seberang Perai Utara sudah didakwa di mahkamah, manakala 96 lagi dikenakan kompaun RM1,000.

Katanya, pihaknya meminta kerjasama ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing terutama di bawah umur kerana didapati sering berkeliaran selain bermain di padang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 14, 2020 @ 6:11pm
    d