mutakhir

Penerbangan semula ke Sabah dan Sarawak, saringan diperketatkan

Oleh Amir Abd Hamid dan Suraya Roslan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan saringan di lapangan terbang sekiranya Malaysia Airlines memulakan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, mulai minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melihat kaedah paling berkesan supaya jangkitan Covid-19 tidak menular adalah melakukan saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi.

“Apa yang penting kita lihat saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi pastikan ada saringan lagi.

“Saringan boleh dijalankan menerusi pengimbas haba yang berfungsi 50 peratus,” katanya.

Menurutnya, mereka yang demam tidak digalakkan untuk menaiki pesawat sebagai langkah pencegahan yang serius.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan Malaysia Airlines akan memulakan kembali penerbangan dengan kekerapan seminggu sekali ke dan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 14, 2020 @ 7:09pm
    d