mutakhir

Hanya benar penerbangan Sabah, Sarawak [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PENERBANGAN domestik yang dibenarkan dan diluluskan Kementerian Pengangkutan setakat ini hanya untuk ke Sabah dan Sarawak sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai bertanya mengenai hal berkenaan dan ingin dimaklumkan bahawa mereka dikuarantin awal sebelum ini dan dibenarkan keluar dari pusat kuarantin ada dalam kalangan mereka itu dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, jika penerbangan ke sana hanya dibuka pada 1 Mei ini akan menyebabkan mereka terpaksa tinggal di sini dan sebab itu Kementerian Pengangkutan berbincang dan berpandangan perlu ada penerbangan itu supaya mereka dapat pulang ke Sabah dan Sarawak.

“Keduanya mereka yang transit dari luar negara untuk pulang terus ke Sabah dan Sarawak akan dikuarantin di negeri masing-masing jadi jika tiada penerbangan mereka perlu berada di sini dua minggu sedangkan kita benarkan mereka pulang.

“Setakat ini penerbangan sekali seminggu dan jika perlu dua kali seminggu berdasarkan keperluan kita minta Kementerian Pengangkutan benarkan Malaysia Airlines (MAS) bawa mereka pulang,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai pengesanan kontak positif Covid-19, Ismail berkata, kaedahnya tetap menggunakan standard prosedur operasi (SOP) sama seperti kes kluster tabligh dan sebagainya termasuk kes kluster gereja.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 15, 2020 @ 3:38pm
    d