mutakhir

Penjarakan sosial tetap dibuat bila sekolah dibuka [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Redzuan Muharam

TAKWIM persekolahan kekal seperti biasa dan sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada umum.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata, buat masa ini, perubahan hanya membabitkan tarikh peperiksaan awam.

“Sebarang makluman akan diberitahu dari masa ke semasa.

“Jadual takwim kekal seperti sediakala untuk penggal persekolahan sehingga dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas membuat pengumuman mengenai pindaan tarikh peperiksaan awam di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, penjarakan sosial tetap terpakai sekalipun selepas sekolah dibuka kelak.

Malah, katanya, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi demi memastikan keselamatan guru, murid dan pelajar sekolah.

“Penjarakan sosial terpakai, itulah antara perkara pertama diteliti.

“Jika sebelum ini 35 pelajar (dalam satu kelas), kita mungkin akan lakukan perubahan sama ada cari dewan lebih besar.

“Apa yang penting apabila sekolah dibuka kelak, ada garis panduan dan setiap sekolah kena patuhi. Pematuhan kepada garis panduan itu wajib,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 15, 2020 @ 5:26pm
    d