mutakhir

Ambil risiko kerana sayur percuma

Oleh Juwan Riduan

RATUSAN orang awam berbaris tanpa mempedulikan penjarakan sosial ketika mahu mengambil sayur percuma di sekitar pekan Inanam, hari ini.

Agihan bekalan sayur dipercayai daripada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam itu disampaikan di empat lokasi.

Kejadian itu tular di laman sosial sehingga menimbulkan kecaman orang ramai.

Program berlangsung kira-kira dua jam manakala penerimanya juga terus pulang selepas menerima agihan masing-masing.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman berkata, jumlah orang awam yang terlalu ramai berkumpul pada program itu amat membimbangkan kerana ia berpotensi menyebabkan penularan Covid-19.

“Mereka sepatutnya memastikan penjarakan sosial bagi mengelakkan potensi jangkitan.

“Kami harap supaya sebarang pengedaran atau pemberian sumbangan pada masa akan datang dapat dilakukan dengan mengambil kira amalan kesihatan selamat.

“Ini perlu dilakukan dalam usaha kita memerangi Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya bergegas ke lokasi untuk menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP terutama penjarakan sosial sebaik dimaklumkan berkaitan perkara terbabit.

“Sepasukan anggota ke lokasi bagi memantau pergerakan orang ramai. Penerima juga diarahkan pulang selepas menerima agihan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 16, 2020 @ 4:15pm
    d