mutakhir

Sabah lanjut kebenaran khas

Oleh Yun Mikail

KERAJAAN negeri Sabah melanjutkan kebenaran khas bagi perkhidmatan dan barangan perlu (essential services dan goods) hingga 28 April depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bagaimanapun berkata kebenaran beroperasi berkenaan haruslah mengikut tatacara pengoperasian yang sudah ditetapkan.

“Salah satu ketetapan itu termasuklah semua pergerakkan hanya antara 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari. Semua pergerakan dan pengangkutan antara daerah bagi kedua-dua perkhidmatan itu adalah dibenarkan.

“Selain itu, bilangan pekerja dibenarkan di dalam sesebuah kenderaan perdagangan hendaklah tidak melebihi bilangan yang dinyatakan dalam permit,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Safar menyatakan kebenaran juga diberikan kepada semua peniaga kecil yang membawa barangan perlu seperti hasil pertanian, penternakan, perikanan dan hasil laut menggunakan kenderaan persendirian.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 9:21am
    d