mutakhir

Orang Asli Dun Pertang dan Chennah terima bantuan

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

SEBANYAK 439 keluarga Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang dan Chennah menerima sumbangan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof berkata daripada jumlah itu 373 keluarga penerima sumbangan membabitkan penduduk di lima perkampungan di DUN Pertang.

“Sebanyak 125 keluarga tinggal di Kampung Parit Gong, 62 keluarga di Kampung Batu 17, 54 di Kampung Sawah, 82 di Kampung Putra dan 50 di Kampung Ulu Lakai.

“Sebanyak 66 keluarga di Kampung Rangoi dalam kawasan DUN Chennah turut kita bantu dengan keperluan makanan ini,” katanya di sini.

Noor Azmi berkata ini adalah pemberian bantuan kali ke tiga dihulurkan kepada penduduk Orang Asli di kampung berkenaan.

Katanya selain UMNO, Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA ) turut menyediakan sebanyak 800 bungkusan bantuan asas keperluan makanan antaranya beras, gula, susu, tepung, minyak masak dan telur.

“Parlimen Jelebu dan DUN Pertang pula sudah mengagihkan sebanyak 3,000 bungkusan makanan kepada penduduk terutama golongan sasar yang memerlukan bantuan ini sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

“Kita akan terus cuba membantu terutama kepada mereka yang terputus sumber pendapatan berikutan PKP ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 10:04am
    d