mutakhir

30 penuntut luar negara dibenar pulang

Oleh BERNAMA

PROSES kuarantin bagi 30 penuntut Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia, pada 2 April lalu, tamat dan mereka dibenarkan pulang, hari ini.

Mereka yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Nilai, dibenarkan berbuat demikian pada 9 pagi.

Daripada jumlah berkenaan, 15 orang dari Indonesia, 14 dari Sepanyol dan seorang dari United Kingdom yang semuanya membabitkan 11 lelaki dan 19 wanita.

Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), semua 29 individu pulang dengan diambil ahli keluarga yang dibekalkan dengan surat kebenaran manakala seorang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Terdahulu, semua mereka yang pulang atas tanggungan sendiri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 3.30 petang, 2 April lalu, susulan penularan wabak Covid-19 di negara terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 11:22am
    d