mutakhir

Tak perlu permohonan baharu

Oleh Samadi Ahmad

SYARIKAT yang menjalankan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang dan perkhidmatan pengedaran yang menerima pengesahan kebenaran tidak perlu mengemukan permohonan baharu untuk beroperasi pada fasa ke tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat yang mendapat kelulusan sebelum atau 14 April lalu masih terpakai dan boleh meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Menurut beliau, bagi syarikat yang membuat permohonan pengesahan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e- dagang dan perkhidmatan logistik danmasih belum menerima pengesahan diminta membuat permohonan baharu secaraatas talian.

“Langkah pro-aktif dan responsif untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa diumumkan kerajaan itu bertujuanmemastikan rakyat terusmendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikalsepanjang tempoh PKP,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsadan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan beberapa syarikat sub sektor tambahan dibenarkan beroperasi di bawah kawal selia dan perlu mengemukakan permohonan kepada kementeriannya.

Syarikat itu terdiri dari kedai hardware;barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedaiperalatan telekomunikasi dan peralatan ICT); perkhidmatan dobi (full service).

Menurut beliau, permohonan yang menepati syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lengkap sahaja akan dipertimbang dan mendapat kelulusan.

Alexander berkata, syarikat yang ingin mengemukakan permohonan sub sektor

tambahan di bawah kawal selia KPDNHEP perlu memastikan lokasi operasi tidak berada di Zon Merah, Zon Kuning atau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut beliau, selain itu mereka juga perlu mematuhi arahan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa Tempatan (PBT).

“Syarikat yang gagal mematuhi syarat dan arahan boleh dibatalkan dan dilarang untuk beroperasi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 12:17pm
    d