mutakhir

Tiada tarawih di masjid, surau di Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

KERAJAAN negeri Kelantan memutuskan tidak membenarkan solat tarawih di surau dan masjid di negeri itu sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga keselamatan rakyat dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

“Kelantan juga mengambil pendekatan sama sebagaimana negeri lain tidak membenarkan solat tarawih di masjid dan surau.

“Kita harap penduduk Kelantan dapat membiasakan diri demi keselamatan dan kebaikan bersama.

“Mungkin ketika ini kita boleh melihat ketua keluarga menjadi imam solat tarawih di rumah,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, sehingga semalam tiada lagi mukim yang dikategorikan sebagai kawasan merah di Kelantan.

“Kita harap jika momentum ini dapat diteruskan dalam jangka masa tertentu nanti. Insya-Allah kesemua mukim di Kelantan akan menjadi kawasan hijau tanpa sebarang kes,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 3:47pm
    d