mutakhir

Ingkar PKP, jumpa alat hisap syabu pulak...

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PENAHANAN enam lelaki oleh anggota Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, turut membawa kepada penemuan alat menghisap syabu.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, suspek ditahan anggota yang meronda Kampung Perepat, Sungai Kapar, Klang, 2.45 petang.

“Kami mengesan mereka yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati, mereka ingkar PKP selain menemui peralatan menghisap syabu daripada seorang suspek yang disembunyikan dalam beg kecil,” katanya pada kenyataan.

Zulafendy berkata, kesemua suspek ke Balai Polis Sungai Kapar dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 8:42pm
    d