mutakhir

MKN akan tetapkan SOP hantar makanan ketika Ramadan [METROTV]

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) bagi penghantaran makanan sepanjang Ramadan ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi penghantaran makanan pada Ramadan ini belum dimuktamadkan.

“Mesyuarat memutuskan supaya MKN menyediakan SOP sewaktu bulan puasa dari segi penghantaran dan sebagainya.

“Kita tahu mungkin sampai sahur juga akan ada tempahan makanan. Bagaimanapun, kita belum lagi membuat keputusan dalam mesyuarat.

“Kita minta MKN dalam masa dua atau tiga hari ini untuk mengeluarkan SOP untuk bulan puasa termasuklah soal penghantaran dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penganjuran e-bazar dilarang, namun perkhidmatan penghantaran makanan atau e-hailing termasuk bagi restoran makanan segera, masih dibenarkan seperti biasa.

Selain itu, kerajaan turut mengarahkan penghantar makanan menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 19, 2020 @ 6:35pm
    d