mutakhir

Stok semasa beras mencukupi [METROTV]

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

STOK semasa beras mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa.

Katanya, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 1,203 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (925), pemborong (247) dan pengilang (31).

“MOA juga memberi jaminan selain beras, barang makanan basah seperti sayur-sayuran juga lebih daripada mencukupi.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian kerana ia dijamin mencukupi.

“Barang segar pula kami dapati bukan tidak mencukupi malah berlebihan. Oleh itu, walaupun bulan puasa akan menjelang dari segi soal keperluan asas orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia lebih daripada mencukupi,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 4:09pm
    d