mutakhir

Ingkar PKP, jual dadah pula

Oleh Hamzah Osman

LELAKI bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah dikesan cuba menjual dadah di tepi jalan berdekatan Kampung Cerok, Jalan Makam Mahsuri, Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Balai Polis Kuah pada 9 malam berdasarkan maklumat awam.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menemui dua peket plastik lutsinar dan satu keratan straw disyaki mengandungi dadah jenis heroin seberat 26 gram (g).

“Hasil soal siasat, suspek yang ditahan mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki di Ayer Hangat (Langkawi) dan cuba menjualnya kepada penagih di kawasan sekitar.

“Selain itu, suspek juga gagal memberi alasan munasabah untuk berada di luar rumah ketika tempoh PKP,” katanya.

Katanya, suspek yang positif morfin disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 6:08pm
    d