mutakhir

KB4WDC bantu penduduk Kampung Lok Nunuk

Oleh Recqueal Raimi

PRIHATIN terhadap nasib penduduk yang terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli Kota Belud 4 Wheel Drive Club (KB4WDC) mengambil inisiatif mengagihkan sumbangan berupa pek makanan kepada penduduk di Kampung Lok Nunuk, Tuaran.

Presiden KB4WDC Arman Sekan berkata, sumbangan itu diberikan kepada golongan sasar khususnya mereka yang pendapatannya terjejas dan ketiadaan kenderaan sepanjang tempoh PKP.

Katanya, bekalan makanan itu dibeli hasil sumbangan dana daripada Yayasan Salam Malaysia.

“Kebanyakan penduduk di kawasan ini bekerja sebagai nelayan dan tiada kenderaan ke kawasan pekan untuk membeli barang keperluan.

“Pendapatan harian atau tidak tetap menyebabkan keadaan mereka sekeluarga terjejas ketika ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pek makanan itu mengandungi beras, minyak masak, tepung, roti, gula, telur, kopi dan mi goreng.

“Segelintir penduduk terjejas ketika ini tidak mencukupi keperluan makanan. Malah, ada yang hanya bergantung kepada pengangkutan awam seperti bas. Sebab ini kita bantu untuk meringankan sedikit beban mereka,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut mendapatkan nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengambil langkah mencegah penularan wabak Covid-19 sepanjang melakukan pengagihan sumbangan itu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 9:11pm
    d