mutakhir

Hampir 1,500 ditangkap ingkar PKP di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

JUMLAH tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak kini seramai 1,413 dalam tempoh 36 hari sejak 18 Mac lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, dalam tempoh 24 semalam hingga pagi ini sahaja, seramai 85 orang ditangkap.

Daripada jumlah itu, Sibu merekodkan tangkapan seramai 24 orang; Kuching (19); Saratok (15); Miri (10); Kota Samarahan (6); Betong (3); Sarikei dan Simunjan, masing-masing dua orang; Bau, Lubok Antu, Tatau dan Dalat masing-masing seorang.

“Polis akan terus membuat tangkapan selagi PKP dikuatkuasakan dan kita akan terus memeriksa pematuhan perintah ini menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut.

“Tindakan polis ini adalah untuk kepentingan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19, bukan sengaja mahu mencari kesalahan orang,” katanya.

Dev berkata, sehingga hari ini seramai 859 individu ingkar PKP sudah didakwa di mahkamah.

Ia termasuk 191 orang yang didakwa semalam sehingga pagi ini.

Daripada jumlah itu, seramai 56 orang didakwa di Kuching; Kota Samarahan (32); Padawan (31); Sibu (24); Miri (19); Serian (18); Meradong (9); Limbang dan Kanowit masing-masing seorang.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 2:21pm
    d