mutakhir

864 gelandangan diselamatkan sepanjang PKP

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SERAMAI 864 gelandangan diselamatkan dan ditempatkan sementara di 12 penempatan gelandangan bagi membendung penularan Covid-19 sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi penempatan gelandangan ini juga bertambah tiga menjadi 12 tempat yang dijadikan tempat sementara untuk gelandangan ini tinggal sepanjang PKP.

Menurutnya, setiap hari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi bermula 26 Mac lalu termasuk di lokasi panas bagi gelandangan dengan menjadikan ia tempat bermalam untuk diselamatkan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah menjalankan ujian saringan ke atas mereka dan setakat ini tiada yang positif Covid-19.

“Tindakan menyelamat gelandangan dilakukan setiap hari dan akan ditempatkan di lokasi yang dijadikan tempat tinggal sementara mereka bagi mengelak dijangkiti Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gelandangan ini terdiri warga tempatan dan warga asing dari Indonesia, Myanmar, Vietnam, Jepun, India, Syria, Mesir, Sri Lanka, Korea, Pakistan dan Somalia.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 2:57pm
    d