mutakhir

2,889 ingkar PKP di Johor

Oleh Omar Ahmad

SERAMAI 126 individu ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan mereka ingkar PKP sejak 18 Mac lalu mencecah 2,889 orang

Katanya, 126 tangkapan itu terdiri dari individu berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun.

“Sehingga kini, 1,832 individu sudah didakwa di mahkamah dengan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, tindakan lebih tegas diambil kepada yang ingkar sepanjang PKP fasa ketiga dan beliau menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama serta patuhi arahan.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 23, 2020 @ 11:40am
    d