mutakhir

Kes pulih melebihi kes baharu terus direkodkan

Oleh Amir Abd Hamid dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

BILANGAN kes pulih Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu terus dicatatkan apabila 121 kes pulih dan dibenarkan keluar wad diumumkan hari ini berbanding 88 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad adalah

sebanyak 3,663 kes atau 64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif

Covid-19 di negara ini pula adalah 5,691 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,932 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan.

"Sehingga kini, seramai 41 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pertambahan satu kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes atau 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Bagi kes kematian ke-96 (kes ke-2978) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia.

"Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 24 April jam 2.29 pagi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 24, 2020 @ 5:49pm
    d