mutakhir

113 ditahan langgar PKP di Jempol

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

SERAMAI 113 individu ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Jempol sejak 18 Mac lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, daripada jumlah itu, seramai 78 individu rakyat tempatan dan 15 warga asing sudah dituduh di mahkamah atas pertuduhan ingkar PKP.

"Bagi kes kompaun, seramai 46 individu diberi kompaun atas kesalahan sama dan perlu menjelaskan dalam tempoh 14 hari bagi mengelak dituduh di mahkamah.

"Sistem rondaan yang dijalankan di daerah ini sangat memberangsangkan dan efektif dalam membantu kawalan PKP," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Khairiel berkata, faktor keberadaan polis di lokasi dan sekatan jalan raya (SJR) menyebabkan kebanyakan masyarakat terus kekal di rumah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi PKP bagi memastikan usaha kerajaan membendung Covid-19 berjaya dilaksanakan.

Katanya, polis tidak sewenang-wenangnya melakukan tangkapan, sebaliknya terus mengambil tindakan dan menahah mereka yang sengaja memperlekehkan PKP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 3:54pm
    d