mutakhir

Simpang Renggam masih dipantau KKM

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

BIARPUN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor ditamatkan esok namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau kawasan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan akan dilakukan oleh Pejabat Daerah Kesihatan (PKD).

"PKPD di kawasan Simpang Renggam berakhir esok tetapi apa yang paling penting adalah kami akan terus memantau kawasan berkenaan dari semasa ke semasa.

"Ia adalah sebahagian daripada sistem pemantauan kami sedia ada dan pemantauan di bawah PKD," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPD di Simpang Renggam, Johor akan ditamatkan esok.

Bagaimanapun, katanya, PKPD Sungai Lui yang membabitkan pusat tahfiz disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 27, 2020 @ 5:21pm
    d