mutakhir

KKMM arah Finas turunkan video

Oleh Redzuan Muharam

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menurunkan video informasi oleh Jawatankuasa Wajib Tayang selepas menerima pelbagai reaksi daripada penggiat industri perfileman.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat untuk mengelakkan kekeliruan dan menggambarkan seolah-olah memberi satu janji pelaksanaan yang belum pasti.

"Kami di KKMM peka terhadap situasi dihadapi industri perfileman akibat wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"KKMM akan mengadakan perbincangan khas antara KKMM, Finas dan penggiat industri untuk merangka mekanisme tayangan semula dan juga langkah untuk membantu mereka menghadapi cabaran dan merancakkan semula industri perfileman pasca wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Saifuddin ,beliau juga akan memperhalusi pelaksanaan skim wajib tayang atau sebarang insentif baharu yang mampu bagi merangsangkan semula industri perfileman pasca wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 6:11pm
    d