mutakhir

Sabah had masa operasi kedai elektronik, elektrik

Oleh Yun Mikail

KERAJAAN negeri melalui Pusat Operasi Covid-19 Sabah hari ini, memutuskan masa operasi kedai elektronik serta elektrik dihadkan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata, masa operasi dihadkan tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah akan mengenalpasti kedai yang dibenarkan untuk beroperasi," katanya pada kenyataan.

Safar menyatakan, kerajaan negeri juga membenarkan pengoperasian kedai menjual baja dan kimia di seluruh negeri.

Beliau berkata ia bertujuan bagi memenuhi keperluan tempatan.

"Bagaimanapun, kedai ini hanya boleh beroperasi bermula 8 pagi hingga 5 petang pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

"KKTP Sabah juga akan bertanggungjawab untuk mengenalpasti kedai yang dibenarkan beroperasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 9:36pm
    d