mutakhir

Ini satu kemestian - Dr Adham

Oleh Amir Abd Hamid

"NYAWA dan keselamatan jauh lebih berharga dari lain. Terima kasih kepada semua kerana sabar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau meluahkan penghargaan itu kepada seluruh penduduk di Malaysia supaya terus mematuhi PKP fasa keempat dan sempurnakan Ramadan dengan norma baharu kehidupan.

"Walau kita belum menang, namun hasil perjuangan menangani Covid-19 sudah mula dirasai," kata beliau.

Luahan Dr Adham itu dimuat naik menerusi rakaman video yang di akaun Facebook (FB) miliknya, hari ini.

Beliau turut menyeru semua supaya kekal aktif, makan secara sihat dan selamat.

"Jagalah kebersihan diri, ini tuntutan agama. Kekalkan penjarakan sosial, duduk di rumah, putuskan rantaian penularan Covid-19.

"Ini bukan pilihan tetapi satu kemestian. "Semoga Allah terus melindungi Malaysia yang kita cintai. Kita mesti menang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 29, 2020 @ 10:17pm
    d