mutakhir

Polis tak terima laporan

Oleh Nurul Amanina Suhaini

TIADA laporan polis diterima berhubung dakwaan ketidakpatuhan penjarakan sosial di sebuah kilang di Kulai di sini, pagi ini seperti yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya sedia maklum dengan pengumuman berhubung sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberi kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh, namun masih tertakluk kepada pematuhan syarat prosedur operasi standard (SOP).

"Saya mengarahkan pegawai ke lokasi yang dimaksudkan, namun dapati tiada orang berkumpul pun.

"Kerajaan mengeluarkan arahan boleh beroperasi 100 peratus tetapi mereka (kilang) perlu ikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Sekiranya ada bukti mereka langgar SOP, kilang boleh diarahkan tutup," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan dipercayai pekerja kilang sedang beratur tanpa penjarakan sosial sebelum dibenarkan memasuki sebuah kilang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: April 30, 2020 @ 2:31pm
    d