mutakhir

PKPB: Masih ada aktiviti tak dibenarkan

Oleh Wartawan Harian Metro

WALAUPUN kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) mulai 4 Mei ini, masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) aktiviti dilarang itu berdasarkan justifikasi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk sukar mengawal keperilakuan dan keadaan di mana terdapat ramai orang, kemungkinan kontak rapat yang tidak dapat dielakkan dan pendedahan kepada titisan pernafasan serta keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup pada masa sama.

Beriktu adalah senarai aktiviti yang dilarang:

1.Hiburan dan Riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat karoake
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat Refleksologi
  • Pusat Hiburan
  • Kelab Malam

    2.Perayaan, perarakan dan perhimpunan

  • Perarakan keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di masjid / rumah ibadat
  • Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
  • Perhimpunan bulanan Jabatan kerajaan dan swasta
  • Majlis perasmian

    3. Persidangangan dan Pameran

  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan ramai

    4. Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

    5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang. Contoh larian, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
  • Segala aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports). Contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

    6. Aktiviti Sosial

  • Kenduri–kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah Terbuka
  • Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan budaya. Contoh: ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya

    7. Pengangkutan

  • Kapal Persiaran

    8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan dan Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival Jualan

    9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

    10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

    11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti Fitting Pakaian

    12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

    13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

    14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

    15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

    16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

    17. Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

    18. Perlombongan Dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

    19. Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

    20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

    21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

    22. Kebudayaan Dan Kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

    23. Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan buffet)

    MKN berkata, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 4:16pm
    d