mutakhir

PKPB ditarik balik jika pematuhan SOP rendah

Oleh Baharom Bakar

KERAJAAN Terengganu akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan kerajaan negeri tidak teragak-agak akan menarik semula kelonggaran jika pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah rendah.

"Kerajaan Negeri tetap memandang serius akan pelaksanaannya dan terus komited dengan apa sahaja langkah pencegahan, terutama pematuhan yang ketat SOP yang akan dinilai dari semasa ke semasa.

"Semua pihak juga perlu memainkan peranan terutama agensi dan jabatan kerajaan, termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setiap keluarga untuk melaksanakan kawalan sendiri dan pematuhan SOP adalah sangat diperlukan," katanya dalam kenyataan media yang dimuatnaik di laman Facebook beliau, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, seluruh rakyat diminta tingkatkan munajat kepada Allah, supaya pandemik ini segera dipulihkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 5:18pm
    d