mutakhir

Kenapa sesak teruk ni?

Oleh Melvin Joni

BERLAKU kesesakan teruk di beberapa jalan utama ke pusat Bandaraya Kuching pagi ini disebabkan pertambahan kenderaan yang mendadak.

Tinjauan mendapati berlaku kesesakan di Jalan Penrissen bermula dari Batu 6 sehingga ke Batu 4 serta laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Keadaan itu sekali gus menjadi rungutan orang ramai yang turun bekerja apabila menyebabkan rata-rata mereka terperangkap antara satu ke dua jam.

Difahamkan ada pengguna jalan raya mengambil masa lebih sejam dari Kuching Sentral ke LTAK.

Manakala kesesakan teruk di Batu menyebabkan 4 turut menghadapi situasi sama apabila terkandas hampir dua jam.

Jumaat lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja mengumumkan bermula hari ini hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan termasuk premis makanan membabitkan restoran dibenarkan beroperasi mengikut syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu tidak terpakai di Sarawak, apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengekalkan status quo dan semua arahan yang diumumkan pada PKP 1, 2, 3 dan 4 kekal dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, Sarawak akan mengumumkan secara berperingkat pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sektor lain. Ia akan dilakukan selepas garis panduan prosedur operasi standard (SOP) diperhalusi.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 2:32pm
    d