mutakhir

Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion tamat PKPD [METROTV]

Oleh Murni Wan Omar dan Yusmizal Dollah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan kawasan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ditamatkan semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur membabitkan Parcel A dan B yang meliputi Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utar Kuala Lumpur serta Pasar Borong Kuala Lumpur juga ditamatkan hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun bagi Parcel C ,D, E1,E2,E3 dan F PKPD Pusat Bandar Utara atas nasihat Menteri Kesihatan kawasan PKPD di situ akan dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

"Mengenai PKPD di Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat juga akan ditamatkan PKPD semalam.

"PKPD di Selayang Baru, Gombak pula Parcel A dan B ditamatkan semalam manakala Parcel C, D, E dan F atas nasihat Menteri Kesihatan dilanjutkan sehingga 12 Mei ini," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 3:31pm
    d