mutakhir

Digalakkan pakai 'facemask' [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

PEMAKAIAN penutup mulut dan hidung tidak wajib tetapi digalakkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia amat digalakkan ketika keluar rumah bagi mengelak dijangkiti wabak Covid-19.

"Memakai penutup mulut dan hidung bukan satu kewajipan tapi sangat-sangat digalakkan terutama kalau kita berada di kawasan awam atau pun di kawasan ramai orang.

"Tetapi syarat lain contohnya penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter kena diamalkan. Kalau kita boleh amalkan penjarakan sosial, kita boleh elakkan jangkitan dan penularan (Covid-19)," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berharap, orang ramai sentiasa mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu penjarakan sosial selamat dan amalan kebersihan diri yang tinggi bagi mengawal penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 6:08pm
    d