mutakhir

Berbaris beli juadah berbuka puasa [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BEBERAPA lokasi di sekitar SS6 Kelana Jaya, Petaling Jaya, hari ini, dipenuhi dengan orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi berkenaan kira-kira 5 petang tadi mendapati orang ramai berbaris menunggu barisan untuk membuat pesanan di beberapa restoran di lokasi terbabit.

Di lokasi berkenaan, kebanyakan premis beroperasi adalah membabitkan restoran, kedai serbaneka dan pasar raya.

Kebanyakan orang ramai dilihat mematuhi peraturan ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan sosial serta memakai penutup hidung dan mulut.

Kehadiran beberapa anggota polis membuat rondaan di lokasi terbabit juga menyaksikan orang ramai lebih berhati-hati dan mengamalkan peraturan ditetapkan.

Sementara itu, tinjauan di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya pula mendapati kawasan berkenaan lenggang.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan operasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 9:38pm
    d