mutakhir

Lima mengaku salah berkumpul langgar PKP

Oleh Mohd Khidir Zakaria

LIMA lelaki berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini.

Pengakuan itu dibuat kelima-lima tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh iaitu pelajar berusia 17 tahun bersama empat rakannya, Luqman Haqem Nor Hisham, 18, Muhamad Rafizul Helmi Muhamad Raus, 20, Syareedza Saifulnizam, 19, dan Aiman Khuzairie Nordin, 19, didakwa ingkar PKP apabila pada 1.40 pagi 30 April lalu didapati berhimpun di kawasan lapang di Fasa 2, Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson.

Mereka gagal memberikan alasan sah dan munasabah kerana berhimpun di tempat awam ketika ditahan polis.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Pesalah juvana terbabit dibenarkan ikat jamin RM500 sementara menanti tarikh sebutan semula (Laporan Akhlak) pada 16 Jun ini manakala empat rakannya didenda RM900 setiap orang.

Semua tertuduh membayar denda dan jaminan dikenakan mahkamah.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 5, 2020 @ 5:19pm
    d