mutakhir

Jangan bawa anak kecil ke pusat beli-belah

Oleh BERNAMA

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata, walaupun tiada sekatan sedemikian mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

"Jangan gunakan kebebasan (PKPB) ini, akhirnya kita bahayakan nyawa keluarga kita," katanya dalam sidang media harian mengenai perintah berkenaan di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 11, 2020 @ 2:50pm
    d