mutakhir

Sokong larangan bawa anak ke pasar raya

Oleh Suraya Roslan

LARANGAN membawa kanak-kanak ke pasar raya atau pusat beli-belah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan menjadi pilihan majoriti pengundi di Facebook Harian Metro.

Sebanyak 92 peratus daripada 38,600 pembaca Harian Metro yang mengambil bahagian dalam undian menyatakan sokongan kerajaan perlu membuat undang-undang larangan itu.

Hanya lapan peratus daripadanya memilih tidak perlu larangan membawa kanak-kanak ke premis berkenaan.

Seorang pelayar Facebook, Pelangi Senja meninggalkan komen di undian berkenaan dengan merasakan perlu larangan dikuatkuasakan disebabkan sikap degil sesetengah rakyat Malaysia.

"Perlu, kalau tidak nanti ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan salahkan orang lain pula kalau anak mereka dijangkiti.

"Mulalah up cerita sedih kat socmed (sosial media) walhal benda itu boleh dicegah lebih awal, tambah lagi musim nak raya nanti lagilah berderet bawa anak beli kelengkapan raya," katanya.

Pendapat sama turut dikongsi pelayar, Zarina Rahmat yang bersetuju sekiranya larangan dikenakan ke atas kanak-kanak untuk memasuki pasar raya atau pusat beli-belah.

"Perlu, kerana sudah ada kes jangkitan Covid-19 terhadap kanak-kanak, jangkitan tanpa simptom.

"Eloklah tidak mendedahkan kanak-kanak kepada risiko jangkitan," katanya.

Bagi Nor Adlina Mohd Fadhil, ibu bapa perlu faham virus ini adalah sukar dilihat dengan mata kasar.

"Kita sekarang melawan virus tidak nampak, jangan nanti anak anda berhari raya di hospital disebabkan positif Covid-19," katanya.

Bagi Anwar Shah pula tidak perlu membuat undang-undang hingga membebankan kerajaan.

"Tak perlu bebankan kerajaan, ibu bapa patut fikir sendiri macam mana cara nak jaga anak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 6:24pm
    d