mutakhir

Pematuhan masyarakat penentu PKPB [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad

TAHAP pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya terhadap kes harian jangkitan Covid-19.

"Kita boleh unjurkan ramalan dalam tempoh dua minggu dan juga empat minggu akan datang. Kalau patuh kita boleh kurangkan kes tetapi kalau tak patuh kes akan meningkat secara mendadak.

"Jika nilai 'R naught' (R0) atau kebolehjangkitan Covid-19 melebihi 1.6 (selepas 18 Mei), ia amaran untuk mengambil tindakan lebih drastik sama ada kembali kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, pihaknya masih memantau nilai R0 bagi tempoh PKPB.

Katanya, keputusan akan bergantung pada jumlah kes harian daripada semasa ke semasa.

Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat supaya mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 13, 2020 @ 7:09pm
    d