mutakhir

Tidak boleh balik Malaysia sepanjang PKPB

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

RAKYAT Malaysia yang menjadi pemastautin tetap (PR) di luar negara boleh pulang ke negara berkenaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak dibenarkan kembali semula.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sehingga PKPB berakhir.

"Pintu negara masih ditutup kepada semua rakyat asing yang ingin datang ke Malaysia, manakala rakyat Malaysia di luar negara yang balik ke negara ini dikuarantin 14 hari secara wajib.

"Bagi rakyat kita yang berstatus penduduk tetap di luar negara jika mereka mahu pulang ke negara yang memberi PR itu, kita benarkan.

"Tapi kita tidak benarkan mereka balik semula ke Malaysia sehingga tamat PKPB," katanya pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan garis panduan untuk penganjur yang memerlukan pengamal media hadir, beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakannya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 3:41pm
    d