mutakhir

Sanusi jamin bantu rakyat pasca Covid-19

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

MENTERI Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan akan bersama rakyat yang terkesan bagi menangani kesukaran hidup pasca pandemik Covid-19.

Beliau yang mengadakan sidang media sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan menegaskan, tiada rakyat Kedah akan diabaikan terutama dalam tempoh sukar ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu akan dibentuk dan diumumkan dalam tempoh terdekat bagi melancarkan pentadbiran.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dalam mengurus tadbir negeri mengikut prinsip sistem federalisme dalam mengatasi sebarang masalah dan memenuhi keperluan rakyat.

"Kita juga komited membantu rakyat mengatasi kesukaran besar dihadapi pasca pandemik Covid-19 terutama peniaga yang akan dibenarkan beroperasi mengikut syarat ditetapkan agar pendapatan mereka dapat ditambah menjelang Aidilfitri.

"Saya ingin menasihatkan rakyat agar mematuhi peringatan pihak berkuasa dan sentiasa bersiap sedia membiasakan diri dengan normal baharu yang boleh membawa kita ke arah kehidupan lebih sihat dalam kadar masa lebih cepat," katanya di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Sanusi berkata, kedudukan Kedah sebagai antara negeri termiskin memerlukan kerajaan negeri mengambil langkah drastik melonjakkan ekonomi rakyat di pelbagai peringkat.

"Suatu program jihad membasmi kemiskinan membabitkan golongan fakir dan anak yatim akan dirangka dengan komitmen bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

"Ini tidak hanya fokus kepada umat Islam sahaja dengan Exco yang bertanggungjawab bagi portfolio hal ehwal bukan Islam juga memberikan komitmen membasmi kemiskinan menerusi program lebih efektif," katanya.

Katanya, pihaknya akan berunding bersama agensi berkaitan dan pemain industri bagi mengatasi masalah dihadapi industri komoditi khususnya getah dan kelapa sawit akibat kejatuhan harga yang teruk.

Berita berkaitan

Sebab apa saya disalahkan? - Najib Razak

'Najib Razak dalang utama' - Mukhriz

Kronologi kemelut politik Kedah

'Lebih baik saya jadi pembangkang' [METROTV]

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 5:09pm
d