mutakhir

Ingat pesanan Allahyarham Ustaz Azizan

Oleh Noorazura Abdul Rahman

KETIBAAN Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bagi memulakan tugas hari pertama di Pejabat Menteri Besar, pagi ini menggamit pelbagai memori.

Sanusi yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (2008-2013) merasa sebak berada di pejabat itu dengan tanggungjawab lebih besar.

Katanya, beliau akan mengingati pesanan Allahyarham supaya berkerja di waktu singkat (dunia) dan berehat di waktu panjang (akhirat).

"Itulah nasihat yang selalu diungkapkan Tan Sri sewaktu menjadi Menteri Besar dulu, saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat, jawatan yang saya pegang sekarang bukanlah untuk mencari kekayaan dan kelebihan diri.

"Di sini adalah tempat orang bekerja, berkorban dan berfikir untuk rakyat, itulah yang Allahyarham buat dulu dan saya akan lakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman hari ini.

Ketibaan Muhammad Sanusi, 46, disambut Ketua Setiausaha Sulit, Datuk Armishah Siraj sebelum mengetik kad perakam waktu pada 8.43 pagi.

Beliau kemudian beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar kira-kira 10 minit sebelum memulakan tugasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu dilantik sebagai Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah susulan Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta semalam.

Mukhriz berbuat demikian kerana kehilangan kepercayaan majoriti Adun negeri ini apabila 23 daripada 36 Adun menyokong Perikatan Nasional (PN).


Berita berkaitan

Sebab apa saya disalahkan? - Najib Razak

'Najib Razak dalang utama' - Mukhriz

Kronologi kemelut politik Kedah

'Lebih baik saya jadi pembangkang' [METROTV]

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 11:29am
d