mutakhir

Terima lima tan barang keperluan asas

Oleh Amran Yahya

YAYASAN Undang Johol, hari ini menerima lima tan barang keperluan asas daripada Yayasan Food Bank Malaysia untuk disumbangkan kepada golongan B40 yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah berkata, barang keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan pelbagai jenis minuman itu akan diagihkan kepada 1,000 penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan miskin tegar.

"Selain barang makanan, bantuan terima ini berbentuk barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak.

"Semua barangan ini bukannya barangan 'reject', sebaliknya 'fresh' dan berkualiti iaitu masih baharu dari kilang dan diharapkan masyarakat tidak salah anggap mengenainya," katanya dalam sidang akhbar di Balai Undang Luak Johol, Kuala Pilah, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Ab Wahab Long dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Undang Johol, Md Ghazali Md Yasin.

Mohammed berkata, agihan barangan itu akan dilakukan secara adil kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan mengikut senarai di Yayasan Undang Johol.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 5:07pm
    d