mutakhir

Kertas siasatan kes bayi dicampak hampir siap

Oleh BERNAMA

KERTAS siasatan kes bayi perempuan baru lahir dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru pada Rabu lalu dijangka siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya dalam proses merekodkan keterangan pihak berkaitan serta meneliti beberapa perkara tertentu sebelum melengkapkan siasatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau dan memeriksa operasi polis di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal, hari ini.

Bayi perempuan itu juga dipindahkan ke wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam dan keadaannya dilaporkan semakin stabil serta beransur pulih.

Dalam kejadian itu, polis menahan remaja perempuan yang juga ibu kandung bayi terbabit bagi membantu siasatan sebelum menahan teman lelakinya pada Khamis lalu.

Kedua-dua mereka yang berusia 18 tahun masing-masing direman tujuh dan enam hari untuk siasatan.

Berita berkaitan

Bayi dicampak dipindah ke wad biasa

Teman lelaki remaja campak bayi direman

Teman lelaki kes remaja campak bayi ditahan

Bayi dicampak cedera di otak

Polis buru bapa bayi dicampak

Campak bayi dari tingkat 4

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 8:38pm
d