mutakhir

3,212 kenderaan cuba nasib rentas negeri [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Mahaizura Abd Malik

"YANG berminat untuk balik kampung berhari raya masih ramai dan cuba untuk lepas daripada sekatan jalan raya.

"Setakat ini pihak polis tegas dan tidak membenarkan sesiapa pun merentas negeri untuk balik ke kampung," kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sebanyak 3,212 kenderaan dikesan cuba untuk pulang ke kampung semalam dan sudah diarahkan berpatah balik.

Katanya, bukanlah bermakna pihak berwajib tidak membenarkan langsung untuk rentas negeri, namun ia tertakluk kepada kes tertentu seperti kecemasan dan kerja.

"Daripada lebih 1,000 kenderaan yang kita anggap tinggi semalam, hari ini 3,200 lebih. Saya ingatkan sekali lagi, setiap individu mestilah mematuhi SOP jika tidak mereka akan berdepan tindakan daripada polis sama ada dikompaun, direman atau mungkin dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan ingkar kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam polis menahan 44 individu di atas kesalahan melanggar SOP dengan 40 daripadanya direman manakala selebihnya diberi jaminan polis.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 3:28pm
    d