mutakhir

Mana ada Bas Muafakat Johor tersadai

Oleh Nurul Amanina Suhaini

PERBADANAN Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menafikan banyak Bas Muafakat Johor (BMJ) tersadai di depoh Iskandar Puteri hingga menjejaskan operasi.

PAJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya hanya mengurangkan jumlah perjalanan BMJ pada awal pelaksanaan Perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila kerajaan mengeluarkan ketetapan bagi kenderaan pengangkutan awam.

Katanya, ketetapan waktu operasi kenderaan pengangkutan awam adalah bermula 6 pagi sehingga 10 pagi dan 4 petang sehingga 10 malam.

"Selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu, pengoperasian Bas Muafakat Johor sudah kembali seperti biasa.

"Bilangan Bas Muafakat Johor adalah sebanyak 78 bas sahaja dan beroperasi secara menyeluruh di 62 laluan di seluruh negeri tanpa pengurangan perjalanan sejak PKPB," katanya.

PAJ juga memaklumkan bahawa beberapa garis panduan tambahan yang dikeluarkan bagi menangani wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

"Pengguna dikehendaki mematuhi penjarakan sosial yang selamat ketika menunggu dan beratur untuk menaiki bas serta menggunakan pelitup muka.

"Pengguna juga dinasihati untuk menjarakkan tempat duduk dan menggunakan pembersih tangan sebelum dan selepas menaiki bas," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 10:38am
    d